Search This Blog

Monday, April 19, 2010

Anak OH! AnakKU SHAHIDIR...

Hi! Assalammualaikum WBT.
Ini merupakan laman blog pertama saya, dimana kali pertama saya menulis isi cerita di dalamnya sebagai tatapan bersama.

Saya menulis blog ni sambil memerhatikan SHAHIDIR tidur disisi abahnya. Lena sungguh kedua mereka. Letih sungguh jaga SHAHIDIR sekarang ni. Terlalu 'Hyper', seminit pun tak reti diam. Wpun tak boleh jalan lagi, tapi asyik ler panjat sana sini. Gigi pun belum tumbuh. Abahnya sedang MC 2 bulan, operation lutut (kecederaan Ligamen), so setiap hari SHAHIDIR asyikler gesa abahnya bawa berjalan. SHAHIDIR dah peka pada rutin harian abahnya sebelum ni, siang kerja n petang/malam baru nampak muka abahnya dan kami akan keluar dihari cuti. So bila dia tengok abahnya ada di rumah tiap hari, masaklarrr dia ajak jalan. Layankan jugala si abah wpun dengkut berjalan. Hah! rase le. Dulu kalau saya komplen anak nakal, dia senyum n ejek. Dah Anak kan, nakal macam-manapun tetap jadi tanggungjawab kita menjaga n mendidiknya.
Hmm...anak OH! anak.

Dah 'habit' saya merenung wajah anak dan suami sebelum tidur. Terutama pada SHAHIDIR, yang menyemadikan banyak KENANGAN menjaganya semasa dalam pantang dulu. Sesekali peristiwa hitam tu pasti menjengah difikiran saya. Lebih-lebih lagi bila terdengar tangisan bayi kecil. SHAHIDIR asyik menangis selepas 2 minggu dilahirkan, dan semakin hari tangisannya semakin keras dan kronik. Tak dapat nak gambarkan betapa runsing dan bimbangnya saya n suami ketika itu. Tak tidur malam dan terpaksa bergilir-gilir mengendalikan SHAHIDIR. Nasihat orang sekeliling agar saya menjaga diri dalam pantang pun tak saya hiraukan, memandangkan SHAHIDIR lebih perlukan perhatian. Takde peluang langsung la saya nak amalkan bertungku, ubat periuk dan jamu. Berurut pun sambil memegang SHAHIDIR. Airmata saya tak henti mengalir, namun suami dan orangtua banyak memberi semangat dan pertolongan bergilir malam menjaga SHAHIDIR. Beberapa kali juga saya rebah kerana rentan, namun tangisan SHAHIDIR buat saya abaikan segalanya. Yang penting adalah berada disisi SHAHIDIR sambil mendengar dan memahami apa permintaan/aduan disebalik tangisan bayi lemah ni. Tetapi kepakaran apalah yang kami ada untuk terjemahkan maksud tangisannya.

Pada mulanya saya sangkakan sekadar tangisan biasa kerana SHAHIDIR kerap kena Kolik. Tetapi Doktor Pakar sendiripun mengesahkan SHAHIDIR sihat dan normal. Berbagai pendapat dan nasihat orang sekeliling kami turuti. Dah jadi macam cerita P.Ramlee, 'Ahmad Albab'. Urusan 'Bercukur' dan 'Aqiqah' pun kami segerakan dalam tempoh berpantang tu, tapi keadaan SHAHIDIR tetap tak berubah. Kami pun dah sampai berhabisan wang dan ikhtiar ubatkan SHAHIDIR. Suami study tentang baby n print out segala Info di Internet hampir setebal buku. Jiwa saya amat tertekan dan hampir hilang akal dibuatnya bila mendengar tangisan kuat SHAHIDIR di tengah malam. Bila lihat di dada akhbar dan TV tentang penderaan kanak-kanak terlampau oleh ibubapa yang hadapi tekanan hidup, lagilah membuat saya teringat peristiwa SHAHIDIR. Bila dikenangkan, mujurlah tak berlaku apa-apa keterlanjuran pada SHAHIDIR. Jika tak, pastinya saya akan menyesal seumur hidup. Suami dan orangtua banyak beri perhatian, sokongan dan bantuan. Dan pada ketika inilah saya sedar betapa diri bertuah kerana dikurniakan keluarga yang prihatin dan seorang suami yang amat sabar dan penyayang. Begitu tenang dan matang dia mengendalikan emosi dan menghormati isteri serta mertua wpun berada dalam kerunsingan. Saya jadi amat menyesal bila mengingatkan keterlanjuran emosi terhadap suami dan orangtua pada ketika itu.

Saya akur pada ujian Allah, malah akui ianya adalah dugaan yang paling getir pernah mencabar keimanan saya. Saya juga terpaksa membuat keputusan drastik berhenti kerja serta-merta untuk menjaga SHAHIDIR, kerana tiada seorang pun yang sanggup menjaga SHAHIDIR, lebih-lebih lagi dalam keadaannya begitu. Namun saya cekalkan hati berhenti kerja serta-merta demi menjaga anak dan terus berusaha untuk mengubati sawan tangisnya itu. Saya sentiasa bertawakkal dan tak putus berdoa pada Allah SWT. Penderitaan SHAHIDIR dan kami tamat pada hari ke-52, dimana kami telah bertemu jodoh yang serasi dapat memulihkan SHAHIDIR. Langsung hilang tangisan kronik SHAHIDIR dan tidur setidurnya bagaikan membalas dendam. Bila memandang wajah SHAHIDIR yang kian sembuh pada masa tu, bagaikan wajah bersalin kulit. Barulah saya benar-benar yakin SHAHIDIR telah dipulihkan, wpun pernah dicuba beberapa Ustaz sebelum ni. Sepanjang proses perubatan tersebut barulah kami didedahkan dengan kebenaran apa sebenarnya yang menimpa SHAHIDIR. Namun tiada apa yang penting bagi saya sekarang ini, melainkan Bersyukur bahawa SHAHIDIR telah sembuh dan semakin sihat dan aktif hingga ke hari ini. Saya rasakan seolah-olah dapat peluang Ke-2 untuk hidup disamping anak dan suami. Namun tidak menolak, sesekali kebenaran amat menusuk hati. Tetapi saya harus lebih bersyukur akan Hikmah disebalik peristiwa ini.

Kewujudan SHAHIDIR ibarat permata. Semua orang sangat menyayanginya terutama Datuk dan Babanya (Nenek). Hikmah ini juga membuatkan saya lebih menghargai kedua orangtua dan suami tercinta. Melahirkan SHAHIDIR dan menjaga dia ketika sakit juga banyak menyedarkan saya pada pengorbanan Umi saya yang melahirkan dan membesarkan. Justeru menjadikan saya lebih menghargai kedua orangtua saya dalam hidup ini. Sebagai wanita, saya rasa hidup ini telah sempurna dengan kelahiran SHAHIDIR yang menemani rutin harian kami sekarang ini. Ianya juga sebagai petanda, bahawa saya dan suami sedang mengambil alih peranan kedua ibubapa terhadap kami sebelum ni.


Kalau di lihatkan tarikh hari ini 20.04 adalah tarikh sebenar saya DUE untuk melahirkan SHAHIDIR. Tetapi sebab SHAHIDIR tak sabar-sabar nak lihat dunia agaknya, maka lahirlah dia dengan izin ALLAH pada 6.04.09. Kami baru saja meraikan hari lahir pertamanya minggu lepas di rumah KL, tetapi dalam perancangan nak buat lagi di rumah parents saya di Muar 1 MEI nanti. Maklumlah Datuk dan Babanya (Nenek) tinggal berjauhan. Harapan dan Doa saya, semoga Allah lindungi SHAHIDIR dan keluarga kami. Takda apa yang lebih membahagiakan selain dapat melihat SHAHIDIR membesar dengan sihat dan sempurna disamping saya dan suami serta mereka-mereka yang menyayanginya. Harapan saya terhadap SHAHIDIR, sama seperti ibu-ibu di luar sana yang sudah tentunya mengharapkan yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

P/S: Dah bergelar ibu ni, harap-harap dapat tiup lagi 1 kek bulan MEI nanti.

Setakat ni sajalah kisah SHAHIDIR saya kongsikan. Kalau ada masa nanti saya akan buat posting lagi. OK

Thanks

WANN@RAZAITUL